Bukit Yang Ada Di Madinah Inilah Yang Akan Kita Lihat Di Akhirat Kelak! Subhanallah

oleh
Bukit Yang Ada Di Madinah Inilah Yang Akan Kita Lihat Di Akhirat Kelak! Subhanallah
Bukit Yang Ada Di Madinah Inilah Yang Akan Kita Lihat Di Akhirat Kelak! Subhanallah
loading...

Bukit Yang Ada Di Madinah Inilah Yang Akan Kita Lihat Di Akhirat Kelak! Subhanallah

loading...

SubhanAllah !!! Inilah Bukit Yang Akan Kita Lihat Di Alam Akhirat,Iaitu Gunung Uhud | Tahukah anda bahawa ternyata ada gunung di dunia yang nantinya boleh ditemui di syurga? Dari sekian banyak gunung yang ada di bumi, gunung yang satu ini memang sangat istimewa.

Salah satu makhluk Allah tersebut menjadi saksi bisu terjadinya perang hebat yang pernah dilalui kaum muslimin. Di dalamnya terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah SAW dan tiga rakannya saat dicari oleh pihak lawan.

Gunung ini menjadi salah satu gunung yang dicintai oleh Rasulullah. Bagi yang sudah melihatnya di dunia, mungkin saja boleh kembali melihatnya di syurga. Gunung apakah yang dimaksudkan? Berikut ringkasannya.

Gunung bumi yang juga akan ditemui di syurga adalah gunung Uhud. Gunung yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Madinah ini mempunyai ketinggian sekitar 1.077 meter dengan panjang bukit hingga 6 kilometer.

Umat ​​Islam yang melaksanakan Haji dan Umrah dapat menyempatkan diri untuk datang ke gunung ini. Rasulullah SAW bersabda: “Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga.” (H.R. Bukhari)

Rasulullah SAW juga menyatakan kecintaan terhadap gunung ini dalam sebuah hadistnya. Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”

loading...